Ikhwah/Akhawat yang ana kasihi
Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh
Ana bagi pihak ibu dan adik-adik serta zaujah sekeluarga ingin merakamkan ribuan terima kasih atas semua do'a, ucapan takziah serta kehadiran antum sehingga jenazah ayahanda kami selamat dikebumikan.
Kami sekeluarga bersyukur kepada Allah (swt) kerana digolongkan bersama antum di dalam saff jamaah dan dakwah, dan dengan do'a antum, kami yakin Allah (swt) akan memberi rahmatNya keatas arwah ayahanda kami.
Antum bukan saja telah memberi kami kekuatan untuk tabah menghadapi pemergian ayahanda kami, malah bermurah hati memberi kami tazkirah untuk terus beriltizam menjadi anak anak yang soleh untuk ayahanda mendapat tempat bersama para syuhada' dan syodiqqin.
Jazakumullahu khairan kathiran jiddan jazak.
Salam ukhuwwah,
Saturday, March 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment